Mentor Saya

KISAH JATUH BANGUN DR AZIZAN OSMAN PART 1/2/3


Jatuh bangun hidup saya - Azizan Osman (Siri 1/3)

Catitan untuk: Usahawan atau pemilik perniagaan atau mereka Yang Ingin 
Meningkatkan Potensi Kekayaan & Kejayaan Perniagaan Mereka Samada
 Perniagaan Dari Rumah, Perniagaan Kecil, Sederhana atau Besar! 
Termasuk yang belum berniaga tetapi teringin berniaga!

Bagaimana Untuk Merubah Perniagaan Anda Menjadi Lebih Kaya & 
Berjaya Serta Menarik Lebih Ramai Pelanggan Dengan Strategi Kuasa
 Pemasaran Yang Terbukti Berkesan?

Saya bakal menunjukkan bagaimana perniagaan anda bakal menjadi 
"HURU-HARA" dengan menarik lebih ramai pelanggan, lebih tinggi jualan, 
lebih tinggi keuntungan dan lebih banyak aliran tunai! Rahsia yang 
membezakan di antara mereka yang berniaga dan telah berjaya
 dibandingkan mereka yang berniaga dan lingkup serta lingkup 
lagi atau "biasa-biasa" sahaja. Ini adalah rahsia ramai usahawan yang
 telah kaya & berjaya!

Boleh ke? Iye ke idak ler?

Mungkin anda cakap, "Aku dah berniaga bertahun-tahun, tapi tak pernah
 tengok pun jualan juta-juta ringgit?"

Atau anda akan cakap, "Aku berniaga kecil-kecilan, mana boleh kaya?"

Atau anda pernah dengar orang cakap, "Berniaga ni risiko tinggi, ramai
 yang bankrup sebab berniaga!"

Atau jiran sebelah rumah pernah cakap, "Takutlah berniaga, nanti rugi
 macamana?"

BENAR!! Mereka semua ini adalah BENAR!!

Sebab mereka ini adalah di antara mereka yang selama ini berniaga
 tetapi tidak ada mentor, ilmu dan tidak pernah belajar strateg
 perniagaan yang betul-betul berkesan! Ibarat tak pandai buat kek,
 tapi cuba nak buat juga kek yang paling sedap di dunia konon, 
boleh buat? Tapi, kalau anda telah belajar daripada guru pakar 
buat kek, nak tak nak, kek anda nanti "terpaksa" sedap bukan?
 Itu pentingnya berguru. Tetapi kalau anda belajar teori tentang 
perniagaan atau pemasaran di kolej atau universiti, ianya tidak sama,
 kerana ianya adalah teori dan diajar oleh pensyarah yang ada doktor
 falsafah tentang perniagaan atau pemasaran tetapi mereka sendiri 
belum pernah menjalankan perniagaan mereka dengan berjaya, 
macamana mereka nak ajar anda? Sebatang pen pun mereka tidak
 pernah jual. Betul?

Ok, anda pernah tak dengar statement bahawa 9/10 rezeki adalah
 daripada perniagaan?

Statement ini ada betulnya tapi ada Tak Betulnya!!

Betul, 9/10 sumber rezeki yang banyak datangnya daripada 
perniagaan, tetapi TAK betul atau masalahnya ialah 9/10 daripada
 mereka yang berniaga PASTI GAGAL, rugi, kena tipu, produk tak
 terjual, orang tak nak beli dan macam-macam masalah lain!

Saya ulang semula: 9/10 Orang Yang Berniaga Pasti GAGAL 
atau RUG!!

Anda ingin tahu kenapa mereka rugi? Kerana mereka tidak ada
 mentor, ilmu dan strategi yang mudah dan berkesan yang telah
 digunakan oleh ramai peserta program "Marketing Power" saya.

Kepada Semua Anda Yang Baru Nak Berniaga atau Memang
 Berniaga atau Anda Yang Ingin "Meletupkan" lagi perniagaan anda:

Biar saya berkongsi dengan anda salah satu kes kegagalan dan
kejayaan mereka yang pernah hadir seminar saya:-

Seorang lelaki bernama Shawal Akbar telah menyertai seminar 
saya pada bulan Feb 2010 di Shah Alam, ketika itu dia tidak 
mempunyai pekerjaan selama 7 bulan setelah berhenti kerja
 sebagai pengurus hotel terkemuka di Bali. Dia telah mencuba 
mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya Ijazah (UK).
 Tetapi disebabkan satu kelalaian yang menyebabkan dia
 kehilangan semua sijil-sijil dan surat-surat bukti pengalaman 
kerjanya, dia tidak mendapat kerja. Apa perasaan anda yang 
telah berkeluarga, tidak ada kerja untuk beberapa bulan dan 
telah mencuba temuduga demi temuduga serta mencuba untuk 
berniaga tetapi semuanya tidak menjadi? Tertekan bukan? Kecewa
 bukan? Sedih bukan?

Di mana "turning point" hidupnya? Ya, kehidupannya mula berubah
 setelah menghadiri satu program saya di Shah Alam!

Tetapi apa yang pastinya ialah ketika itu, Shawal tidak pasti dengan
 masa depan dia tetapi disebabkan ingin tahu adakah betul saya
 telah membantu perubahan hidup ramai orang, lebih daripada
 puluhan ribu orang dalam masa 3 tahun sahaja, boleh percaya
 ke mamat ni? Maka Shawal telah mendaftar dan melangkah masuk
 ke dalam seminar saya dibayarkan oleh adik iparnya serta dengan
 hanya ada RM10 sahaja duit di dalam poketnya!

Shawal tidak keluar menjadi kaya raya serta merta setelah keluar 
daripada kelas saya! Malah dia bertambah miskin! Ya! Dia bertambah
 miskin kerana dia telah mendaftar untuk program lanjutan saya
 yang telah terbukti membantu perubahan hidup ramai orang 
dalam masa yang pantas! Dia telah mendaftar atau menempah
 dirinya untuk "berguru" dengan saya. Masa itu dia tidak ada duit,
 tetapi dia daftar dan cari jalan untuk hadir progam lanjutan saya! 
Dia tahu yang dia mesti mendapatkan Mentor, Ilmu, Sistem atau
 strategi yang telah terbukti berjaya untuk merubah hidupnya!

Long story short, sebelum itu, Shawal tidak pernah mengecap 
kejayaan luar biasa di dalam mana-mana perniagaan, dia hanya
 orang "biasa-biasa" ketika itu.

Tetapi pada awal tahun 2011, hanya dalam tempoh lebih kurang
 satu tahun sahaja setelah mengikuti program-program saya,
 Shawal telah memiliki satu perniagaan pembuatan dan pengedaran 
makanan bihun dengan jenama "Bihun Sufi". Pelik tetapi benar,
 hanya dalam tempoh kurang daripada setahun, pengedaran 
bihunnya bukan sahaja dipasarkan di Malaysia, tetapi telah 
mula dieksport ke Singapura, Indonesia dan Dubai! Gila ke apa?
 Tak! Tak gila lagi! Yang lagi gila ialah audited report untuk akaun
 syarikat Shawal bagi tahun pertama perniagaannya yang 
beroperasi kurang daripada satu tahun untuk tahun kewangan
 2010 telah mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak lebih
 daripada 2 juta ringgit!!

Berapa ramai yang dah berniaga lebih 10 tahun, jangan kata RM2 juta,
 tetapi keuntungan RM200,000 setahun pun belum tentu ada bukan?

Susah nak percaya kan? Jangan percaya cakap saya atau sesiapa pun!

Anda juga boleh tonton kisah pengalaman kejayaan Shawal ini yang
 di wawancara di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi-O (NLKO), TV9
di laman web marketingpower.com.my.

Anda juga bakal bertemu "live" dengannya serta beberapa orang
 usahawan lain dari pelbagai bidang yang berjaya menggunakan
 ilmu, mentor dan sistem yang mereka pelajari daripada program 
saya dan telah berjaya!

Sebab tu saya cadangkan JANGAN PERCAYA! Jika anda serius
 untuk merubah hidup anda, jangan percaya apa yang anda 
baca atau dengar ini tetapi datang sendiri untuk tengok apakah
 potensi perniagaan anda atau bakal perniagaan anda?

Cuba tengok bagaimana saya boleh bantu anda untuk
 "meletupkan" perniagaan anda dengan strategi yang 
mudah dan berkesan? Apa yang Shawal buat sehingga 
hidupnya berubah dalam masa yang pantas? Apa yang 
saya ajar dia? Anda tidak akan tahu sehingga anda hadir 
dan dengar sendiri di dalam program lengkap saya "Advanced 
Marketing Power".

Shawal adalah salah satu contoh sahaja dan sebenarnya 
berpuluh ribu lagi kisah kejayaan yang kami boleh kongsikan
 kepada anda dan nescaya tidak cukup ruang untuk kami 
kongsikan! ..... bersambung



Jatuh Bangun Hidup Saya - Azizan Osman (Siri 2/3)

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Saya Azizan Osman, kepakaran saya selama lebih 10 tahun
 di dalam bidang strategi dan projek pengiklanan, pemasaran
 dan promosi untuk syarikat-syarikat besar seperti Telekom 
Malaysia, Digi, TMNet, HSBC, SCB, WWF dan banyak lagi
 daripada seorang Eksekutif Pelatih Projek pada awal tahun 
2001 dan dinaikkan pangkat kepada Pengurus Projek dalam 
masa 7 bulan setengah serta diberikan sebuah syarikat yang
 menjadi perniagaan saya dan terus naik pangkat berulang
-ulang kali serta menerima pelbagai anugerah pencapaian 
antarabangsa di atas kejayaan saya menarik beratus ribu 
pelanggannya untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan
 syarikat-syarikat yang saya wakili telah menjadikan saya akhirnya
 Ketua Organisasi di Malaysia sebelum saya membuat keputusan 
untuk membina empayar perniagaan saya sendiri pada awal tahun 2008.

Tetapi, sebelum 2001, saya telah melalui sesuatu yang saya 
panggil sebagai "tragedi" kerana selepas habis belajar di universiti
, saya berpeluang bekerja seketika sebelum membuat keputusan
 untuk "melompat" ke dalam dunia perniagaan kerana dek semangat
 yang berkobar-kobar. Secara faktanya, saya bukan daripada 
keluarga berniaga. Arwah ayah saya bekas kakitangan kerajaan
 dan ibu saya bekas guru yang berhenti seawal anak pertamanya 
lahir berpuluh tahun sebelum itu. Tidak ada sesiapa pun yang 
berjaya di dalam perniagaan di dalam lingkungan ahli keluarga saya.

Sebab itu, ianya adalah tidak pelik ketika saya suarakan hasrat 
saya untuk berhenti kerja dan berniaga, saya menerima tentangan
 yang sangat hebat daripada keluarga saya.

Disebabkan saya tekad untuk berniaga, saya teruskan niat 
saya dan saya telah melalui "zaman kegelapan" untuk beberapa
tahun lamanya. Saya ingatkan berniaga adalah senang, boleh
 dapat banyak duit. Tetapi rupanya tidak. Saya telah melakukan
 pelbagai jenis perniagaan daripada menjual sabun, menjual kelapa,
 MLM, menjadi Ejen Unit Amanah, Insurans, membuat pembungkusan
 produk herba dan macam-macam lagi. Tetapi tidak ada satu pun yang
 menjadi. Saban hari saya terpaksa meminjam duit daripada mak 
saya dan kemudian dikejar "Ah Long" apabila saya meminjam daripada
 mereka untuk "modal pusingan".

Ini berlaku untuk beberapa tahun dan saya "kononnya" berniaga tetapi
 habuk duit pun tidak ada.

Berapa ramai daripada anda yang boleh faham situasi saya ketika itu?
 Tertekan, rasa gagal, rasa putus asa, rasa tidak adil dan macam-macam
 lagi perasaan negatif datang dalam diri.

Di mana "turning point" saya? Segalanya mula berubah apabila pada
 penghujung tahun 2000, saya berjumpa dengan kawan abang saya
 iaitu seorang ahli perniagaan berbangsa cina yang berjaya tetapi tidak
 pernah belajar di sekolah. Dia suka berkomunikasi dengan saya 
sebagai orang Melayu kerana saya pandai berbahasa cina dan dia 
tidak pandai cakap melayu. Dia telah membuka minda saya untuk
 berfikir (Setelah melingkup beberapa tahun dalam perniagaan), rahsia
 pertama kenapa dia berjaya. Rahsia inilah yang menjadi tonggak utama
 perubahan hidup saya. Dan Alhamdulillah kualiti hidup saya meningkat 
hari demi hari setelah saya praktiskan rahsia ini.

Berapa ramai daripada anda yang ingin tahu apakah rahsia pertama yang 
saya belajar yang telah merubah hidup saya?

Rahsia pertama yang saya telah pelajari yang telah merubah hidup saya 
dan ramai lagi "anak murid" saya ialah MENTOR. Mentor yang telah
 terbukti berjaya! Itulah perkara pertama saya lakukan selepas itu
 bermula tahun 2001 sehingga hari ini iaitu sentiasa mempunyai
 mentor yang lebih hebat daripada kita dan telah terbukti lebih berjaya
 daripada kita. Jangan buang masa belajar berniaga daripada mereka
 yang belum berjaya atau mereka yang hanya mengajar secara teori.

Hari ini, saya mempunyai 12 buah syarikat di Malaysia dan Singapura
 dibawah Kumpulan Richworks di dalam industri yang berbeza. Saya
 memiliki syarikat agensi pengiklanan saya sendiri, syarikat
 pengurusan korporat, perkhidmatan perakaunan dan percukaian,
 syarikat latihan dan pembangunan sumber manusia, syarikat 
pengurusan acara, syarikat rekacipta grafik dan multimedia, 
syarikat internet & teknologi serta terbaru adalah di dalam 
industri yang berkaitan dengan pembangunan hartanah atau
 lebih dikenali sebagai property developer.

Alhamdulillah, disebabkan kejayaan saya hari ini dan berdasarkan
 kegagalan saya lebih 10 tahun dahulu di dalam perniagaan, 
di mana dulu saya pernah berjanji untuk menyumbang 
ilmu dan pengalaman saya kepada mereka yang mahu
 mempelajarinya jika saya berjaya merubah hidup saya, 
maka saya telah membuat keputusan untuk membantu 
usahawan-usahawan lain yang ingin membina perniagaan 
mereka, maka lahirlah mereka lebih 120,000 orang yang telah
 mengikuti program-program seminar saya sejak tahun 2008
 dan alhamdulillah telah berjaya meningkatkan perniagaan
 mereka dalam masa yang singkat.

Soalan, adakah anda mempunyai perniagaan? Atau anda
 sedang merancang untuk memulakan perniagaan?

Saya pasti kebanyakkan anda sudah pun mempunyai 
sekurang-kurangnya sebuah perniagaan. Jika tidak pun 
tidak mengapa kerana lebih baik ada mentor dan ilmu 
di dalam perniagaan kerana ia akan memudahkan anda 
untk berjaya.

Tetapi adakah perniagaan anda berkembang seperti yang 
anda inginkan? Atau anda sendiri tidak tahu bagaimana untuk
 mengembangkan perniagaan anda sehebat pesaing-pesaing
 yang lain dalam industri yang anda ceburi?



Kisah Jatuh Bangun Hidup Saya - Azizan Osman (Siri 3/3)

Sebagai seorang pemilik perniagaan, anda pasti mahu:
membawa perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi
pelanggan tergila-gilakan produk dan perkhidmatan yang anda
 tawarkan
menambah kekayaan dan kejayaan menjana pendapatan berlipat
 kali ganda
setiap keputusan yang anda buat akan memberi keuntungan
 kepada perniagaan anda
perniagaan anda dikenali dan dapat dicari dengan mudah oleh
 bakal-bakal pelanggan

ANDA TAHU IA TIDAK MUSTAHIL UNTUK DICAPAI..
CUMA ANDA TIDAK TAHU BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI
 OBJEKTIF TERSEBUT TANPA TUNJUK AJAR PAKAR!

Seperti yang telah saya sebutkan di atas, 93% perniagaan 
LINGKUP kerana gagal menarik pelanggan! Adakah anda
 ingin menjadi sebahagian daripada peratusan tersebut?

Jika jawapan anda 'Tidak', ia adalah pilihan jawapan yang
 BETUL!

Oleh itu, mari kaji 10 masalah terbesar yang mungkin 
anda sedang hadapi sehingga menghalang potensi sebenar
 perkembangan perniagaan anda:
Tidak mempunyai niche perniagaan yang tertumpu
Tidak berfikiran jauh kerana sekadar berniaga kecil-kecilan
Tidak mempelbagaikan produk dan perkhidmatan
Tidak mempunyai jenama yang membezakan anda dengan 
pesaing
Tidak mempunyai 'pitch' yang boleh meyakinkan bakal pelanggan
Tidak tahu cara untuk membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi
Tidak mempunyai perancangan sebenar untuk kembangkan perniagaan
Tidak/Kurang bertanya dan meminta bantuan pakar perniagaan berjaya
Tidak/Kurang menghadiri seminar-seminar pengurusan perniagaan
Tidak/Kurang membuat atau menggunakan teknik salah dalam promosi

Jika anda komited kepada perniagaan anda, anda pasti mahu lihat ia
 berkembang dan mampu menjana pendapatan yang lebih banyak dari
 apa yang anda peroleh waktu pada ini, betul tak?

Jadi JANGAN GUSAR jika masih tidak dapat memikirkan bagaimana
 anda boleh mendapat pulangan yang setimpal atau berlipat kali 
ganda seperti yang anda harapkan - SAYA ADA PENYELESAIANNYA!

SAYA INGIN BANTU ANDA BERJAYA DALAM PERNIAGAAN.

JANGAN PERCAYA CAKAP SAYA TETAPI DAFTAR SEKARANG
 UNTUK SERTAI SEMINAR!

Ada orang kata saya ini terlibat dalam sindiket MLM, ada pula orang
 kata saya ini khurafat bila satu ketika dahulu saya pernah bercakap
 tentang korelasi kajian tingkah laku manusia serta kaitannya dengan
 tarikh lahir, ada orang kata saya ini menipu. Itulah "harganya" bila kita
 mula dikenali orang bukan? Akan ada orang yang mula sakit hati dan
 PHD (Perasaan Hasad Dengki) mereka adalah sah dan jelas kelihatan
 walaupun mereka ini sebenarnya tidak pernah hadir program saya dan
 lebih rela membuat fitnah dan andaian. Ternyata bila ramai daripada
 mereka ini yang hadir ke dalam dewan-dewan seminar saya 
yang dibanjiri oleh ribuan manusia daripada semua latarbelakang 
professional, pengarah syarikat dan sehinggalah suri rumah,
 mereka ini dengan sendirinya akan lebih kenal dan memahami
 misi dan visi saya.

Tetapi AAK? Ada Aku Kisah? Alhamdulillah syukur saya telah 
melahirkan beribu-ribu usahawan dan jutawan di dalam pelbagai
 bidang tanpa menghiraukan fitnah & tohmahan mereka ini yang
 kadang-kadang latar belakang mereka adalah sangat hebat daripada
 universiti di timur tengah!

Siapa saya? Kenapa saya adalah orang yang paling layak membantu
 anda untuk berjaya?

Saya mungkin bukan orang paling layak mengajar anda, kerana anda
 mungkin memang telah berniaga dengan hebatnya. Mungkin hari
 ini pendapatan anda telah mencecah RM3-4 juta sebulan. Tetapi
 kejayaan saya bukanlah setakat telah membina kumpulan syarikat 
saya sendiri di dalam dan di luar negeri yang sedang progress ke
 arah mencapai tahap billion Insya-Allah dalam masa beberapa tahun
 ini tetapi kejayaan yang sebenar ialah bila kita dapat membantu 
kejayaan ramai orang lain, antaranya ialah membantu syarikat 
HR Marketing yang memasarkan produk jenama Hi-Goat membina
 jualan mereka dari RM5.5 juta sebulan pada bulan Jun 2010 ke 
lebih RM10juta sebulan dalam masa 4 bulan. Saya juga terlibat 
dengan projek usahawan "zero to million", di mana saya pilih 
mereka yang kosong, tidak ada perniagaan dan bantu mereka untuk
 touched the first million mereka dalam masa kurang daripada 6 
bulan. Dan Insya-Allah, hari ini saya komited untuk membina 10,000
 usahawan jutawan muslim sebelum 2015 ini melalui program latihan
 dan pembangunan usahawan yang saya sedang jalankan.

Biar apapun yang orang cakap sebenarnya adalah TIDAK PENTING! 
Apa yang penting adalah hasilnya bukan?

Biar apa pun orang cakap adalah tidak penting kerana ramai pula 
hanya pandai bercakap tetapi tidak ada hasil pun! Tong kosong!

Jika saya boleh membantu perniagaan anda dengan jaminan untuk
 mendapatkan jutaan ringgit jualan setahun seperti kes-kes 
di atas, berapakah yang anda sanggup bayar saya untuk mengajar anda?

Anda hadir program 3-hari Advanced Marketing POWER pada 30,31 
Mac & 1 April 2012 ini dan nilai sendiri kepakaran saya sebagai 
satu-satunya Certified Licensed Guerrilla Marketing International Master 
Trainer For Asia yang diberikan kepada saya oleh pengasasnya Jay
 Conrad Levinson berdasarkan pengalaman dan kepakaran saya 
lebih 10 tahun di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan untuk 
syarikat kecil, IKS hinggalah ke syarikat antarabangsa. Anda bakal
 belajar bukan daripada orang yang baca teori dari buku, tetapi 
anda bakal belajar daripada orang yang merupakan usahawan yang
 berjaya, pemilik syarikat agensi pengiklanan, pakar strategi pemasaran
 yang hidup dalam bidang ini siang dan malam serta telah berjaya 
menguruskan portfolio pemasaran & pengiklanan untuk organisasi
 korporat hingga ke makcik Bedah yang bermula berniaga daripada 
rumah sehingga berjaya!

Sekiranya anda suka dengan ilmu serta pengalaman yang diberikan,
anda mempunyai pilihan untuk terus "berguru" dengan saya lebih dalam 
lagi di dalam siri latihan dan mentoring yang ada kemudian nanti, jika 
tidak, its ok, paling kurang pun anda pernah hadir dibandingkan dengan
 mereka yang tidak pernah.

Semua program kami mempunyai jaminan kepuasan 100% Satisfaction
 With Money-Back Guarantee!

Yang membezakan anda dengan orang lain adalah tindakan anda
 hari ini. Hubungi kami sekarang di 019/013-2442244/019-2442400!

Apa yang anda akan pelajari:-
- Saya akan "operate" potensi anda serta keluarkan kebolehan anda
 untuk berniaga dengan jayanya
- Saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk membawa 
perniagaan anda dari kosong di rumah (jika anda mula dari rumah) 
hingga ia pergi ke taraf antarabangsa
- Saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuatkan pelanggan 
"mengejar" anda
- Saya akan tunjukkan bagaimana untuk memasarkan produk/ 
perkhidmatan anda dengan kos yang rendah, sangat- sangat rendah
 melainkan anda pemalas untuk bertindak langsung sahaja yang 
menyebabkan anda gagal
- Saya akan tunjukkan lebih 400 strategi pemasaran dari tanpa kos
 ke strategi yang lebih tinggi nilainya
- Saya akan bawa "live" peserta program saya yang bermula dari
 nothing dan menjadi "somebody" dalam sesi "hotseat" (Untuk anda 
peserta Diamond)
- Anda akan berpeluang untuk "network" dengan mereka yang 
dari pelbagai industri dan latar belakang perniagaan daripada yang 
belum ada bisnes sampai yang telah berniaga dengan ratusan juta
 jualan setahun.
- Banyak lagi!

Siapa Yang Perlu Hadiri Seminar Marketing Ini?
Mempunyai Perniagaan Sendiri Apatah Lagi Mereka Yang Belum 
Ada Perniagaan
Peniaga Kecil & Sederhana
Pengilang/ Pengeluar Produk
Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Syarikat
Pengurus & Eksekutif Bahagian Jualan & Pemasaran
Pengurus Agensi Atau Perunding Insurans/ Takaful/ Unit Amanah
Anda Yang Terlibat Dengan Networking/ MLM
Fund Raiser (Mereka Yang Terlibat Dalam Kerja Amal Mengutip Dana Atau 
Sumbangan Untuk Kebajikan)
Kerajaan Negeri- Bahagian Pelancongan/ Kementerian Pelancongan
Pendakwah (Pelajari Strategi Untuk Menyampaikan Mesej Kepada Kumpulan
 Sasaran)
Ahli Politik (Bagaimana Untuk Menarik Undi Yang Memihak Kepada Anda)
Doktor/ Peguam/ Kumpulan Professionals (Anda Sepatutnya Tidak Boleh
 Membuat Pemasaran Bukan? Pelajari Strategi Yang Sesuai Dengan Anda)
Bank-Bank/ Syarikat Telekomunikasi/ Industri Perhotelan & Syarikat-Syarikat
 Korporat

Hubungi kami sekarang di 019/013-2442244/019-2442400 untuk bertanya
 tentang program 3-hari kami Advanced Marketing POWER 2012 pada 
30 Mac - 1 April 2012 di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur!

Tak Kenal Maka Tak Kenal. Program ini Insya-Allah telah membantu
 ramai usahawan untuk sangat berjaya dalam perniagaan mereka!

Jangan percaya cakap saya atau sesiapa sahaja, hadir dan nilaikan
 sendiri ilmu & sistem/ strategi yang akan diberikan!

Kuasa tindakan anda dan perubahan hidup anda adalah berpunca 
daripada keputusan serta tindakan anda sekarang! Orang yang gagal 
dan terus gagal, mereka akan sentiasa memberi atau mencipta alasan
 untuk tidak bertindak! Orang yang berjaya atau bakal berjaya,
 mereka cari jalan untuk mencapai apa yang mereka inginkan! Adakah anda winner or loser?

Dr.Azizan Osman
Founder & CEO,
Richworks Group of Companies &
Azizan Osman International Inc. Pt. Ltd.
Certified Licensed Master Trainer (Asia) Guerrilla Marketing International
richworks.com.my

No comments:

Post a Comment