Tuesday, November 29, 2011

Mana Lebih baik kenduri di rumah atau dewan?

Anda yang mana eh? Rumah ke dewan? Kalau saya lebih sukakan kenduri di rumah berbanding di dewan sebab kalau di dewan tak sedap nak bising-bising. Tak banyak ragam manusia boleh dilihat, sebab di dewan ade protokolnya. Kalau di rumah riuh sikit, macam-macam ragam manusia boleh dilihat.  Sedara mara pun tak ada masalah nak jumpa, riuh sekampung. Kalau pasal budget, rasanya di rumah ke di dewan sama je belanjanya.
Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Kalau di rumah, aktiviti gotong-royong lebih nampak, boleh rapatkan silaturrahim sesama jiran tetangga. Cuma kat rumah penatnya lebih la sikit, semuanya kita nak uruskan. Kalau di dewan, serahkan je kepada pihak yang bertanggungjawab (saya le tu), tuan rumah hanya uruskan perbelanjaan, cenderahati tetamu dan sambut tetamu je. Penat pun ade jugak cuma agak kurang sikit la berbanding buat di rumah. Tapi apa pun tak kisahlah kenduri kat rumah ke kat dewan, yang pentingnya meraikan mempelai. Sekali seumur hidup oklah kan.  

No comments:

Post a Comment